Wednesday, September 17, 2008

Kemerdekaan

Bendera negara kita dan bendera negeri Pulau Pinang berkibar di bawah bangunan Komtar

Aktiviti 'Hari Kemerdekaan' menyebabkan jalan raya tersesak



Jalan utama ke Komtar ditutupkan untuk dijadikan tapak aktiviti utama


Suara penyanyi yang merdu menarik perhatian orang ramai


Pelancong luar negara juga bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan kita



Bunga api berbentuk hati terpapar di depan mata saya

Bunga api berbunga di atas langit Pulau Pinang

‘Hari Kemerdekaan’ merupakan satu hari yang paling penting di negara kita. Pada satu malam sebelum Hari Kemerdekaan, banyak tempat mengadakan banyak aktiviti untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan.
Pada tahun ini, Negeri Pulau Pinang juga mengadakan aktiviti Kemerdekaan bertapak di Komtar, Pulau Pinang. Aktiviti yang diadakan bermula pada pukul 7:30 malam pada 30hb Ogos 2008. Aktiviti tersebut berterusan sehingga subur pagi iaitu 12 pagi 31hb Ogos 2008. Aktiviti tersebut berjaya menarik ramai orang menghadiri aktiviti tersebut. Selain itu, terdapat juga pelancong luar negara juga menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ negara kita bersama-sama.
Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah tarian traditional pelbagai bangsa. Selain itu, pihak penganjur juga menjemput penyanyi berbilang kaum untuk memeriahkan aktiviti tersebut. Aktiviti yang paling menarik adalah aktiviti terakhir yang diadakan, iaitu melepaskan bunga api selama lima minit. Aktiviti ini diadakan selepas ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang –Lim Guan Eng.

1 comment:

Anonymous said...

Nice pics but lacking stories.

7/10