Wednesday, September 17, 2008

Gembira


Kanak-kanak kampung gembira apabila ditangkap gambar


Sikap pemalu kanak-kanak melucukan

kanak-kanak berasa puas hati asalkan keluarga disisinya


Gembira merupakan sesuatu emosi yang kita idami. Kita sering berharap agar kita dapat bergembira sepanjang hari. Akan tetapi, manusia semakin tumbesaran, fikiran yang semakin matang, ia tidak mendatangkan kegembiraan sebaliknya membawa pelbagai kerunsingan kepada kita.
Ramai orang sering berdoa agar kehidupannya dipenuhi dengan kegembiraan. Akan tetapi, mereka tidak berasa gembira. Mengapa? Mengapakah kanak-kanak boleh hidup dengan hati yang begitu gembira dalam apa jua keadaan? Hal ini kerana mereka mengguna hati yang tidak ‘tercemar’ untuk menilai semua keadaan yang diharungi.
Saya masih ingat zaman kanak-kanak saya yang begitu gembira. Pada masa itu, keluarga saya sangat miskin. Akan tetapi, saya tidak pernah berasa resah tentang kemiskinan yang diharungi oleh keluarga saya. Saya berasa gembira apabila keluarga saya teman di sisi saya.
Keikhlasan kanak-kanak menjadikan kehidupan zaman kanak-kanak yang gembira. Maka kita kehilangan zaman kanak-kanak, kita juga kehilangan kegembiraan yang idamkan.




1 comment:

Anonymous said...

Story too short.

6/10