Wednesday, August 13, 2008

People At Work


Emm...... Sedapnya sarapan mee ini

Mengumpat selepas makan melegakan perut yang kenyang

Thursday, August 7, 2008

Hujan Emas Di Negeri Orang

Kelegaan dan kepusasan semasa memeluk anaknya


Beliau menghargai setiap saat yang bersama dengan keluarganya

Ciuman anak merupakan balasan yang diidami oleh seorang bapa

Mencari nafkah adalah tanggungjawab sebagai bapa dan suami. Encik Lim merupakan seorang bapa yang memikul tanggungjawab yang besar, iaitu membesarkan anak-anaknya dan memberi segala terbaik kepada keluarganya.

Encik Lim merupakan seorang pengurus di sebuah kilang elektronik. Setahun lalu, beliau diberi peluang bekerja di luar negara - China. Akan tetapi, beliau terpaksa tinggal di China selama beberapa tahun. Bahnya, beliau cuma diberi beberapa hari cuti dalam setahun untuk balik ke Malaysia. Demi gaji yang berlipat ganda, beliau menerima peluang tersebut walaupun terpaksa berpisah dengan keluarganya yang tersayang selama beberapa tahun.

Encik Lim tidak pernah berasa keluarganya merupakan suatu beban, sebaliknya beliau menganggap keluarganya sebagai dorongan dan penunjangnya. Beliau percaya, kesusahan beberapa tahun akan memberi kecerahan masa depan anak-anaknya dan keluarganya. Pengorbanan diri merupakan tindakan yang menyifatkan kemuliaannya sebagai seorang bapa dan suami.

Friday, August 1, 2008