Wednesday, September 17, 2008

Kehidupan Warna-warni

Tanglung mencerahkan malam yang sunyi


Tanglung digantung di pagar pintu berdoa agar kehidupannya menjadi bahagia

Lilin seakan harapan, ia menerangkan kehidupan kita
September 14, 2008 adalah Hari Tanglung bagi bangsa Cina. Dalam kalendar cina, hari tersebut adalah perayaan traditional cina.
Perayaan ini juga berasal dari cerita-cerita donggeng. Cerita ini mengisahkan sepasang dewa-dewi bercinta dan diketahui oleh Maharaja Dewa. Maka, Maharaja Dewa tersebut murka, lalu mendenda kedua-dua dewa-dewi tersebut tinggal di bulan selama-lamanya. Selain itu, dewa tersebut diwajipkan menerbang semua pokok di bulan. Akan tetapi, pokok di bulan akan besar dalam sekelip mata sahaja. Maka, dewa tersebut perlu menerbang pokok selama-lamanya. Bagi dewi pula, beliau diteman oleh seekor arnab. Kedua-dua dewa-dewi tersebut terpaksa hidup dalam kesunyian selam-lamanya.
Pada Hari Tanglung, biasanya Cina akan menyambut bersama keluarganya dengan memakan kek bulan, bermain teka-teki dan tanglung. Dalam masyarakat cina, mereka berharap agar keluarganya sebulat seakan bulan. Maka, Hari Tanglung seakan hari keluarga cina.
Selain itu, kek bulan juga mempunyai ceritanya. Pada zaman peperangan cina, terdapat sepasukan askar bermatlamat untuk mengguling pemerintahan zalim Maharaja. Maka mereka berkeputusan untuk mengguling Maharaja pada Hari Tanglung. Untuk mempermudahkan penghantaran mesej, mereka meletakkan mesej mereka dalam kek bulan. Hal ini dapat mengelakkan pengesanan oleh pengintip Maharaja. Akhirnya, mereka berjaya mengguling pentadbiran yang kejam dan digantikan dengan kehidupan yang selesa dan harmoni.


1 comment:

Anonymous said...

OK .... jangan ambil gambar belakang subjek.

7/10